Thursday, April 30, 2009

Rezeki ratusan nelayan tradisional terjejas teruk

Berita New Sabah Times

Depan-b-30_4
TARIK BOT…Maidin menarik bot miliknya di temani rakan nelayan lain naik ke lorong yang menggantikan sungai Segaliud.
30th April, 2009

SANDAKAN: Ibarat pepatah “Sudah jatuh ditimpa tangga’ itulah nasib yang menimpa ratusan penduduk nelayan tradisi kampung Segaliud sejak Sungai Segaliud ditutup untuk laluan ke laut Sandakan.

Apa yang menyedihkan nelayan di kawasan itu bukan saja mengharapkan janji tetapi punca mata pencarian mereka terjejas teruk sejak empangan Loji Rawatan Air Segaliud beroperasi lewat 2008.

Keadaan ini menghalang laluan air sungai menyebabkan penduduk terputus hubungan terutama rezeki nelayan untuk berulang-alik dari kampung ke sungai, pantai dan laut untuk me-nangkap udang, ketam dan ikan.

“Punca pencarian rezeki kami tiada …kami tidak tahu bagaimana untuk meringankan beban hidup kami dan hutang-hutang kami. Kalau ka-mi tidak ke laut di mana punca pendapatan kami dan nelayan sahaja yang memerlukan kami,” kata Matasan Matahir, 52.

Matasan bersama beberapa lagi nelayan yang bekerja sepenuh masa sebagai nelayan tradisi berkata dia kini menyara hidup keluarganya di kampung dengan terpaksa melalui risiko setiap hari bersama rakan-rakan nelayan lain setiap kali ke laut.

Ini kerana mereka terpaksa melalui lorong kecil untuk menarik bot berserta enjin bot seberat 50 kilo setiap pergi dan balik sejauh hampir 70 meter dengan keluasan tidak kurang 3 meter lorong yang disediakan oleh pemaju menggantikan sungai utama Segaliud yang telah ditutup kepada laluan penduduk.

Tinjauan ke kawasan sungai Segalidu mendapati banyak bot-bot nelayan tersadai untuk menunggu giliran bagi melepasi lorong yang dipanggil penduduk sebagai ‘laluan keretapi’ yang dibina oleh syarikat pemaju untuk laluan alternatif kepada penduduk.

Menurut seorang lagi penduduk, Maidin Selamat, 43, berkata kejadian pada September 2008 masih lagi terngiang-ngiang difikirannya apabila botnya karam ketika melalui empangan loji yang ketika itu dibuka kepada laluan sementara.

Bagaimanapun kata Maidin mereka terpaksa menunggu masa yang lama untuk empangan dibuka dan kemudian meredah empangan loji bagi meneruskan perusahaan mereka sebagai nelayan tradisi.

“Nasib baik saya selamat dari kejadian itu. Masa bot saya karam nasib baik ada sekumpulan nelayan dari kampung menolong saya,” katanya ketika ditemui di kawasan empangan yang kini ditutup untuk laluan.

New Sabah Times yang menemubual penduduk yang tersadai di kawasan empangan rata-rata memberitahu laluan baru yang disediakan oleh syarikat pemaju ibarat lorong kecil yang berkarat besinya kerana tidak efisen apabila air naik dan air surut maka tidak dapat digunakan oleh penduduk.

Apa yang menyedihkan penduduk nelayan di kawasan ini tergolong dari penduduk yang berpendapatan rendah dan biarpun usia mereka sudah lanjut masih lagi turun ke laut kerana itulah sumber pendapatan harian mereka sejak kecil lagi.

Paling ketara ekonomi penduduk merumdun jatuh kerana perbezaan hasil pendapatan warga nelayan ketika dulu ha-silnya tidak kurang RM3 ribu lebih tetapi kini hanya mampu meraih jualan tidak kurang 500 sebulan.

“Dengan kos anak-anak ke sekolah, ditambah lagi belanja orang rumah dan paling kami risaukan tidak dapat hutang dari agensi yang menyediakan kemudahan kepada seperti Ya-yasan Tekun dan Ikhtiar Ma-laysia,” katanya Maidin

Sungai Segaliud merupakan sumber utama pendapatan dan perhubungan laut dan murah kepada lebih 2000 orang penduduk sejak sekian lama se-belum loji tersebut di bina di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun penduduk-nya yang menemui New Sabah Times pada kelmarin mendesak agar wakil rakyat di kawasan bandar ini mengatasi masalah mereka selain mengotakan janji dan jaminan Menteri Pemban-gunan Infrastruktur Negeri ke-tika meninjau masalah pada tahun lepas yang memberi jaminan tidak akan menutup sungai Segaliud.

“Mana janji pemimpin ka-mi? Kami mahu Sungai Sega-liud dibuka semula kepada kami dan kami mahu kehidupan biasa kami dikembalikan.

“Kami semua sedih kerana setiap hari kami ke laut seperti kami fobia dengan ‘lorong’ yang disediakan kepada kami untuk menyeberangi empangan loji,” kata Alo Engkit, 65 yang masih lagi berharap ada sinar baru untuk mereka.

Begitu juga pendapat Sahari Asmara, 30an berkata jika em-pangan loji tidak dibuka kepada laluan penduduk atau membuka semula sungai Segaliud kepada nelayan dari kampung dan untuk perhubungan laluan laut akan terputus dan ia dikhuatiri akan menjejaskan kualiti hidup masyarakat di kawasan yang hanya terletak kira-kira 60 kilometer dari Sandakan.

Penduduk kampung itu ber-kata selain tenaga untuk me-narik dan menaikan bot ke da-lam laluan lorong kecil itu, usia lewat 40 ke 60 sudah tidak da-pat berbuat demikian kerana faktor usia sebegini hanya la-yak untuk nelayan tradisi.

Sehubungan itu, kesemua penduduk yang terkandas di empangan kerana menunggu giliran untuk melepasi laluan itu merayu agar kerajaan melihat keperitan hidup yang kini menyusahkan diri mereka.

Kata Sahari kemudahan yang disediakan pihak pemaju loji tidak memenuhi keperluan seorang nelayan kerana laluan kecil lagi jauh bukan sahaja menyusahkan tetapi menjejaskan kesihatan nelayan di samping kawasan yang gelap.

Menurut penduduk nelayan jika masalah mereka terus ber-larutan dikhuatiri kehidupan keluarga mereka terjejas bukan saja dari melunaskan semula hutang-hutang tetapi juga se-kaligus menambah lagi be-banan kepada golongan ne-layan.

No comments:

Post a Comment